Lelaki Melayu Boleh taksub dengan Gambir Sarawak

RAMAI lelaki Melayu Boleh taksub dengan Gambir Sarawak yang kononnya mampu menambah kejantanan ketika melakukan hubungan kelamin tanpa menyedari ia boleh menyebabkan mati pucuk jika struktur dalaman zakar rosak akibat kudis atau jangkitan kuman.

Lebih teruk lagi, saya pernah mengendalikan beberapa kes kemelecetan faraj dan vulva akibat penggunaan gambir Sarawak.

Perkara ini bukan untuk menakutkan lelaki Melayu Boleh tetapi sehingga kini, pakar botani tidak berani memberi komen berkaitan kehebatan gambir Sarawak kerana tiada kajian mengenai khasiat memberi kehebatan seks kepada lelaki dijalankan.

Gambir atau nama saintifiknya ‘Uncaria Gambier’ biasa ditemui di hutan kebanyakan negara, khasnya di hutan di Nusantara, India dan China.

Tumbuhan manjalar itu mempunyai daun berbentuk lebar manakala bunganya kuning. Kandungan utama herba itu ialah tannin yang mempunyai astrigen.

Wujud rekod membuktikan gambir digunakan sejak dulu sebagai penawar bisa gigitan ular dan krim penyembuh kesan kebakaran pada kulit manakala dalam masyarakat Cina purba, tumbuhan itu digunakan untuk melegakan sakit tekak dan ulser (kudis) selain membuang angin dalam badan.

Bagi penduduk kepulauan Nusantara, ia dimakan bersama pinang dan sirih kerana herba itu dikatakan memberi kesan mengkhayalkan.

Di Sarawak pula, herba itu mungkin satu daripada herba utama yang dijual dan dihasilkan di sana kerana ada jalan yang dikenali sebagai Jalan Gambier di tengah bandar raya Kuching.

Sebenarnya, gambir adalah satu daripada tujuh spesies daripada keluarga tumbuhan Uncaria yang ada di Sarawak. Di negara lain wujud beberapa spesies lagi daripada keluarga Uncaria yang mempunyai kandungan serupa dengan gambir tempatan.

Kajian di China mendapati, tumbuhan ‘Uncaria Ramulus’ contohnya mampu melegakan otot tegang, melebarkan pembuluh darah, menurunkan tekanan darah, merawat hipertensi dan pening kepala selain sawan.

Namun, penggunaan berlebihan tumbuhan itu dikatakan memberi kesan sampingan termasuk cirit-birit, kerosakan buah pinggang, mual, bengkak kaki, sakit perut dan pedih ulu hati.

Penyelidikan di Institut Sains Perubatan China, Taiwan, pula mendapati ekstrak ‘Uncaria Rhynchophylla’ mampu melegakan kekejangan dan sawan.

Namun di Sarawak, gambir dipercayai mempunyai kehebatan lain kerana ia digambarkan mampu ‘memperkasakan’ lelaki Melayu Boleh ketika hubungan kelamin walaupun tiada ujian klinikal bagi membuktikannya.

Lazimnya batang gambir dikerat bagi mengeluarkan getahnya yang kemudian dikeringkan sebelum dipotong dalam bentuk kepingan kecil dan untuk menggunakannya, pengamal terutama lelaki perlu mencampurkan kepingan herba itu dengan air bagi membolehkannya disapu pada bahagian kemaluan lelaki Melayu Boleh .

Ahli botani dan ekologi tempatan, Dr Paul Chai, berkata cuma Gambir Sarawak dikaitkan dengan khasiat keperkasaan lelaki Melayu Boleh kerana di kawasan lain termasuk di Semenanjung, tumbuhan itu digunakan hanya untuk tujuan perubatan.

Penulis buku Medicinal Plants of Sarawak itu berkata, penggunaan gambir sebagai ‘ubat kuat’ lelaki Melayu Boleh hanya satu daripada kegunaan tumbuhan itu di kalangan suku kaum di Sarawak seperti Iban dan Melanau.

Kegunaan lain gambir yang juga dikenali sebagai akar kelawit itu ialah sebagai penawar gigitan ular selain penawar akibat termakan cendawan beracun.

Bagi masyarakat  Melayu Boleh di Sarawak pula, Chai berkata, gambir sering digunakan untuk menahan sakit, terutama sakit gigi. Beliau tidak menafikan Gambir Sarawak mungkin spesies yang berbeza dengan kawasan lain memandangkan hutannya antara hutan tropika yang tertua di dunia.

Sehubungan itu, Chai yang juga perunding Pertubuhan Kayu Kayan Antarabangsa berpendapat khasiat gambir Sarawak perlu dikaji kerana ia ada potensi komersial dan farmaseutikal.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: