Ilmu Bilik Tidur Melayu Boleh

Ilmu Bilik Tidur Melayu Boleh

Ilmu bilik tidur sering dikaitkan dengan seks. Ilmu bilik tidur bukan
sekadar pengetahuan tentang seks semata-mata kerana ia melibatkan
semua perkara dalam hubungan suami isteri. Hubungan seks turut
memerlukan ilmu seks yang perlu dipelajari bersama-sama.

Hubungan seks bukan hanya sekadar dorongan nafsu. Setiap perilaku
dalam hubungan seks perlulah dilakukan dengan ilmu yang dipelajari.
Ilmu seks perlu turut dipelajari dengan ilmu untuk mengekal kasih
sayang dan cinta suami isteri.

Kenikmatan seks bukan untuk seorang. Kenikmatan seks adalah untuk
suami dan isteri yang melakukan hubungan seks. Setiap pasangan perlu
tahu bagaimana untuk memuaskan pasangannya dan kenapa ia dilakukan.

Kepuasan Seorang Wanita Melayu Boleh

Hubungan seks bukan satu paksaan. Hubungan  seks bukan dilakukan
kerana sudah jadi tanggung jawab. Hubungan seks perlu dilakukan kerana
kasih sayang dan cinta.

Semakin lama usia perkhawinan, ukuran hubungan seks bukan lagi
diukurkan dengan berapa kali ia dilakukan atau berapa lama ia
dilakukan. Ia diukur dengan makna selepas hubungan itu. Satu ukuran
pasangan suami isteri perlu tentukan sejak awal perkhawinan lagi. Satu
penilaian yang unik bagi setiap perkhawinan.

Suami perkasa isteri power adalah moto iklan jualan pelbagai barangan
dan ubat untuk meningkatkan kemampuan hubungan seks. Namun begitu,
seks bukanlah penyelesaian masalah hubungan suami isteri. Seks adalah
sebahagian daripada penyelesaian. Seperti mana awal penulisan artikel
ini, perlu dan turut dicari adalah bahan dan ubat untuk mengekalkan
kasih sayang dan cinta suami isteri.

Mengurat dan mengoda perlu dilakukan daripada awal dan sentiasa
berterusan. Lakukan seperti mana waktu mula bercinta dahulu. Mengurat
untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga kerana rasa magik itu perlu
sentiasa ada.

Rindu berpisah jauh boleh meningkatkan nilai hubungan yang mungkin
lama dingin. Bila hari-hari selalu berjumpa maka ia sudah menjadi
biasa. Perlulah selalu dipecahkan kebiasaan dengan kejutan berjauhan.

Ambil kesempatan tugasan luar daerah untuk meningkatkan rasa rindu.
Rasa rindu mesti selalu membara. Tidak dinafikan rasa rindu itu akan
membawa ke arah hubungan seks. Satu luahan kasih sayang dan cinta
suami isteri.

Berpakaian seksi untuk suami, memakai haruman wangi dan sihat.
Makanlah makanan yang menyihatkan kerana seks adalah sentiasa berkait
dengan kesihatan.

Seksi. Mungkin ramai wanita mengatakan, zaman muda untuk seksi sudah
berlalu. Seksi masa muda berlainan dengan seksi zaman badan sudah naik
dan kulit semakin berkedut. Jika dahulu seksi pada body sekarang seksi
tidak lagi dipandang pada body oleh suami.

Semakin meningkat usia perkhawinan, keseksian bukan lagi dilihat pada
badan semata-mata. Pandangan yang disuarakan, cara dan gaya,
kedewasaan dan yang paling penting kematangan. Kemantangan dalam
berbincang tentang isu tertentu terutama soal dalam bilik tidur.

Isteri perlu sentiasa ingat, suami anda akan berubah. Suami anda akan
semakin matang. Jangan jangkakan suami dikenali dahulu akan sama 10
tahun lagi. Isteri perlu sentiasa bercinta untuk mengenali suami.

Kenali diri suami anda setiap masa.

Pada suami jangan anggapkan isteri anda akan kekal rupa bentuk seperti
anda mula kenali dahulu. Perubahan pasti berlaku. Terimalah kerana
itulah pengorbanan seorang wanita. Menyediakan dirinya untuk
melahirkan zuriat.

Kenali diri isteri setiap masa. Terima seadanya.

Namun begitu, seks perlu dikekalkan kerana ia boleh menjadi penawar
atau racun dalam hubungan suami isteri. Yang penting dalam hubungan
seks adalah pengertian dan kematangan Melayu Boleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: