Pakar bahasa Melayu Boleh

Nik Safiah Karim jadi pakar bahasa Melayu Boleh walaupun mendapat pendidikan Inggeris sepanjang zaman persekolaha

BERBICARA mengenai tokoh bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, tidak banyak yang perlu diulas, kerana masyarakat umum sudah tahu dirinya, kelebihan, semangatnya dalam memperjuangkan bahasa.

Soal sumbangannya dalam bidang bahasa tidak perlu dipersoalkan kerana anugerah sebagai Profesor Emeritus oleh Universiti Malaya (UM) serta anugerah Pingat Emas Tun Fatimah yang disampaikan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah pada 2002 sudah menggambarkan segala-galanya.

Jika dihitung anugerah atau pencapaian dirinya, terlalu banyak yang boleh dihuraikan, hinggakan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA) mengeluarkan sebuah buku mengenai hidupnya berjudul ‘Nik Safiah Karim – Meniti Dua Zaman’ hasil tulisan Nurhafilah Musa.

Cuma mungkin ramai yang tidak mengetahui, tokoh wanita berusia 68 tahun ini sebenarnya tidak pernah mengikuti pengajian di sekolah Melayu Boleh dan mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu sepanjang zaman persekolahannya sehingga ke peringkat universiti.

Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan beliau adalah pakar bahasa. Inilah suatu yang menarik untuk dikongsi mengenai kelebihan yang dimiliki anak bongsu daripada lima beradik dan kini bergelar nenek kepada 11 cucu.

Nik Safiah bersama suami Mohd Zain Omar di rumah mereka di Taman Tun Dr Ismail.

Beliau sebenarnya hidup di dua zaman, dilahirkan sebelum merdeka, membesar dan menyumbang dalam zaman selepas merdeka dan kini menikmati hidup selepas 51 tahun negara merdeka.

Pada usia kanak-kanak, beliau cukup bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan tanpa mengira jantina. Ketika itu, anak perempuan tidak begitu digalakkan ke sekolah dan dianggap cuma layak berada di dapur.

Namun, bapanya, Abdul Karim Abdul Malek iaitu anak seorang ulama tersohor Kelantan dikenali sebagai Tok Malek Sungai Pinang yang berkahwin dengan seorang lagi anak ulama, Haji Che We (Ismail), Nik Mas (Ibu Nik Safiah) memang dikenali sebagai seorang yang mementingkan pendidikan.

Ketika kecil, Nik Safiah sering menghabiskan masa di rumah membaca buku koleksi bapanya dalam bahasa rumi dan jawi. Sebagai anak bongsu, beliau sering ditinggalkan abang-abangnya dan dibiarkan bermain sendirian di rumah dan buku menjadi teman hidupnya.

Ringkasnya, beliau dihantar ke Sekolah Inggeris Perempuan Kerajaan (GGES) di Kota Bharu, Kelantan untuk mendapat pendidikan Inggeris pada 1948 sebelum melanjutkan pelajaran ke Kolej Perempuan Melayu (MGC), Kuala Lumpur pada 1953.

Kemasukannya ke MGC adalah pilihan guru besar sekolah rendah, Miss Leicester yang memilihnya sebagai calon tunggal murid perempuan Kelantan untuk dihantar ke sana yang ketika itu terletak di Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Negeri Sembilan dan dikenali sebagai Kolej Tunku Kursiah (TKC).

Sepanjang tempoh itu, bekas gurunya itu sentiasa memantau dan bertanyakan perkembangan dan kemajuannya di MGC sehingga menduduki peperiksaan Sijil Sekolah Cambridge pada 1957.

Ketika di MGC, beliau mula menulis puisi dalam Bahasa Inggeris yang tersiar dalam majalah sekolah yang memperlihatkan kecenderungannya terhadap bahasa melalui penulisan.

Setahun kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam di St Francis Institution, Melaka sebelum menjadi guru sementara di Sekolah Inggeris Redang, Kampung Banggol.

Sepanjang tempoh itu hingga melanjutkan pelajaran di UM pada 1960, beliau tidak pernah mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu Boleh tetapi mengikuti kesusasteraan Inggeris.

“Memang ini berlaku dalam sejarah pendidikan saya yang tak pernah ke sekolah Melayu. Ketika di Tingkatan Enam, sekolah itu tidak menyediakan mata pelajaran Bahasa Melayu. Sekolah itu hanya tawarkan mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sastera Inggeris, Ekonomi, Sejarah dan Geografi.

“Apabila masuk universiti, barulah saya mengambil kursus Pengajian Melayu tetapi saya sebenarnya mengikuti pengajian ekonomi. Pada tahun kedua dan ketiga, barulah saya membuat pengkhususan dalam Bahasa Melayu.

“Memang agak pelik kerana saya cukup berminat dengan Bahasa Melayu walaupun tak pernah belajar pada peringkat sekolah. Alhamdulillah, saya boleh lulus dengan baik dan mampu menjadi pakar dalam bidang ini,” katanya.

Persoalannya ialah bagaimana keadaan ini boleh berlaku kerana beliau mempunyai latar belakang pendidikan Inggeris dan banyak didedahkan buku tulisan karyawan Inggeris seperti Shakespeare, Wordsworth dan Keats.

Jelasnya, ketika di sekolah menengah, beliau dididik seorang guru sastera Inggeris yang sangat pandai mengajar dan pendedahan itu ditambah lagi dengan kehadiran seorang lagi guru drama Inggeris.

“Cantuman guru sastera dan drama Inggeris itu dapat memupuk keupayaan mengungkap mengenai sastera dalam Bahasa Inggeris. Saya menjadi pandai melalui bahasa, apabila belajar Bahasa Inggeris, saya juga tertarik dengan Bahasa Melayu.

“Mata pelajaran pengajian Melayu Boleh adalah ilmu linguistik yang amat teknikal tetapi boleh dipelajari melalui buku. Walaupun saya tidak mendapat pendedahan sebelumnya, saya anggap ia sebagai ilmu baru yang sangat menarik.

“Sebab itulah saya katakan, jika hendak belajar bahasa, kena belajar sastera tanpa mengira bahasa apa pun. Saya terdedah kepada sastera Inggeris tetapi dapat belajar dan menghayati sastera Melayu. Konsepnya hampir sama dan ramai orang tidak faham mengenai hal ini.

“Sastera ialah kelahiran buah fikiran dan perasaan melalui rasa, kalau tak pandai bahasa, kita tak boleh hasilkan bahan sastera yang baik,” katanya.

PROFIL: Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim

Suami: Mohd Zain Omar, 69.

Ibu: Nik Mas Ismail.

Bapa: Abdul Karim Abdul Malek

Adik beradik:
1) Allahyarhamah Nik Fatimah (pensyarah)
2) Allahyarhamah Nik Zainab (pensyarah)
3) Dr Mohd Zin, 72,
4) Nik Mustafa, 73, (polis)
5) Nik Safiah, 68.

Anak:
1) Dr Nik Norsuzet, 42,
2) Nik Izham, 40, (jurutera)
3) Puan Seri Sazlina, 38, (peguam)
4) Dr Nik Saliza, 37, (doktor gigi)

Sejarah pendidikan:

  • 1948: Sekolah Inggeris Perempuan Kerajaan (GGES) di Kota Bharu, Kelantan
  • 1953: Kolej Perempuan Melayu (MGC), Kuala Lumpur * 1958: St Francis Institution, Melaka.

  • 1960-1963: Universiti Malaya (Ijazah Sarjana Muda Sastera)
  • 1963: Ijazah Sarjana Sastera dan menjadi tutor di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
  • 1972 – 1976: Melanjutkan pengajian ke peringkat kedoktoran di Ohio University, Amerika Syarikat. Kegiatan luar dan akademik:

  • 1977: Terbabit dalam penubuhan Persatuan Linguistik Malaysia
  • 1979: Bersama rakan-rakan mengasaskan Persatuan Siswazah Wanita Malaysia
  • 1982: Dilantik sebagai Presiden Persatuan Linguistik Malaysia dan bertugas selama 18 tahun. : Wanita pertama dilantik sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

  • 1983: Dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
  • 1986: Penerbitan Buku Tatabahasa Dewan Jilid 1.
  • 1990: Dilantik sebagai Profesor Kursi Pengajian Melayu dan penubuhan Akademi Pengajian Melayu serta dilantik sebagai presiden pertama.
  • 2002 – Menerima Anugerah Profesor Emeritus dari Universiti Malaya – Menerima anugerah Pingat Emas Tun Fatimah disampaikan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah.

    – Menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

  • 2004 – Dianugerahkan Tokoh Pejuang Bahasa oleh Persatuan Linguistik Malaysia
  • 2005 – Menerima Anugerah Tokoh Ibu Cemerlang-Ibu Akademik anjuran Avon Cosmetics
  • 2006 – Dilantik Karyawan Tamu, Akademi Pengajian Melayu. Naib Presiden NCWO (Zon Tengah) .
  • 2007 – Menjadi Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (YADIM).
  • Buku biografi wanita yang ditulis bersama Azizah Mokhazani 1) Tun Siti Hasmah (1999).

  • Buku biografi wanita yang ditulis bersama Dr Rokiah Talib: 1) Ibu Enjah (Ibu Mithali Pertama) 2001.

    2) Tun Fatimah Hashim (2003).

    3) Hajah Wan Mas (Ibu Mithali Kedua) 2004.

    4) Tan Sri Zaleha Ismail (2005).

  • Melayu Boleh Hebat
  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s


    %d bloggers like this: